PH meroyan.

Yang potong bantuan rakyat BRIM – PH
Yang potong bantuan rakyat BRIM untuk remaja – PH
Yang nak potong elaun kritikal untuk petugas kesihatan – PH
Yang nak naikkan harga minyak seminggu sekali ketika harga minyak dunia turun – PH
Yang potong subsidi elektrik untuk rakyat – PH
Yang minta derma dari rakyat untuk bantu kerajaan – PH
Yang kata negara akan bangkrup jika bantuan diberikan kepada rakyat – PH
Yang kata rakyat tidak boleh dimanjakan dengan bantuan kerajaan – PH
Yang suruh rakyat minum minyak sawit sesudu sehari untuk kesihatan – PH
Yang kata askar hanya makan dan tidur – PH

Tiba tiba bila kerajaan baru PN turunkan harga minyak seminggu sekali – PH meroyan
PN permudahkan rakyat untuk keluarkan KWSP akaun 2 untuk ringankan urusan seharian – PH meroyan
Menteri Kesihatan syorkan amalkan cara hidup sihat dan amalkan meminum air suam – PH meroyan
PN peruntukan 500 juta untuk Kementerian Kesihatan – PH meroyan
PN peruntukan RM130 juta untuk setiap negeri bagi memberi bantuan kepada peniaga kecil dan keluarga yang terkesan dengan Covid19 – PH meroyan
PN arahkan tentera untuk membantu perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan – PH meroyan..

Sudah sudahlah PH, rakyat sudah muak dan bosan dengan kerja menghasut dan menabur fitnah yang tidak pernah berkesudahan…

silameninggal

KWSP

Oleh : Najib Razak

Kepada pemimpin-pemimpin PH yang kritik langkah kerajaan memberi kelonggaran kepada Rakyat untuk mengeluarkan sebahagian simpanan KWSP mereka.

POINT 1: Jangan hipokrit!

  • Pakej rangsangan ekonomi Covid yang dirangka Guan Eng dan diumum PM ke-7 dikatakan bernilai RM20 bilion.
  • Tetapi kos yang ditanggung oleh kerajaan cuma 0.2% dari KDNK iaitu RM2.8 bilion sahaja.
  • Bahagian paling besar dari RM20 bilion iaitu melebihi RM10 bilion ini ditanggung Rakyat sendiri dengan penurunan automatik peratus sumbangan gaji pekerja bulanan kepada KWSP dari 11% ke 7%.
  • Apa yang dibuat PH bulan Februari lalu juga pengeluaran simpanan KWSP rakyat.

POINT 2: Pengeluaran ini bukan dipaksa.

  • Ianya memang permintaan ramai Rakyat untuk keluarkan bagi sementara waktu.
  • Siapa nak beli rumah pada masa krisis Covid ini? Lagipun dividen KWSP tidak dijangka tinggi tahun ini akibat kemelesetan ekonomi suluruh dunia.
  • kalau tak setuju atau tak perlu, tak perlu keluarkan duit KWSP.

POINT 3: Wang yang dikeluarkan dari KWSP boleh dipulih semula selepas krisis berakhir.

  • Rakyat diberi pilihan untuk mendeposit semula atau menambah caruman apabila krisis .berakhir.
  • Kerajaan PN juga boleh membantu dengan membuat apa yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu untuk memulihkan dan meningkatkan simpanan pencarum KWSP – iaitu dengan memberi peluang kepada KWSP menjana untung besar melalui projek-projek lumayan khas seperti projek Battersea, projek Kwasa Damansara serta pengambilan 49% kepentingan dalam PLUS.

POINT 4: Kelonggaran simpanan KWSP ini TIDAK melambangkan seluruh bantuan rakyat yang akan diberi atau melambangkan seluruh pakej rangsangan kerajaan PN.

  • Pakej rangsangan ekonomi Covid tambahan PN hanya diumum pada 30 Mac nanti.
  • kelonggaran KWSP ini cuma satu dari banyak lagi insentif dan bantuan yang telahpun diumumkan kerajaan seperti:

a) Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
b) Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 6 bulan
c) MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan
d) Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.
e) Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
f) Bantuan RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
g) Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
h) Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL
i) Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL
j) elaun khas RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan
k) LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
i) Penangguhan pembayaran pinjaman bank-bank
j) Bajet tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan.
k) Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri
l) BSH ditambah dan dipercapatkan
m)Kerajaan tanggung penuh kos makanan pelajar di Kediaman IPT sepanjang PKP
n) Bajet tambahan RM2 bilion untuk projek-projek kecil yang disegerakan untuk kontraktor kecil.